Thursday, September 13, 2012

PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN
KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM DI SEKOLAH
DEFINISI KOKURIKULUM


Warta Kerajaan 28 Disember 1967 (Peraturan
Kursus Pengajian):
Gerakerja/Kegiatan Kumpulan
Warta Kerajaan 31 Disember 1997
(Peraturan Kursus Pengajian): Apa-apa kegiatan yang dirancang, lanjutan daripada
P&P

PUNCA KUASA
PELAKSANAAN KOKURIKULUM Akta
Pelajaran Peraturan Surat Pekeliling Ikhtisas Surat Siaran Penegasan tentang
aktiviti kokurikulum terkandung dalam: Akta Pelajaran 1961 – Kursus-kursus
Pengajian Sekolah 1956, Peraturan-Peraturan (Persatuan) Sekolah 1961 dan
Peraturan-Peraturan (Lawatan) Sekolah 1961

KONSEP
Aktiviti
Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah (Kurikulum Kebangsaan
1997) Satu bidang pendidikan yg melibatkan semua murid & anggota masyarakat,
anggapan bahawa: i. Keseimbangan dari segi mental & fizikal ii. Mempunyai
minat dan bakat yang boleh dikembangkan iii. Boleh dididik dan boleh mendidik
diri sendiri serta rakan sebaya

MATLAMAT
i) Untuk merealisasikan FPK kesedaran beragama
dan kepercayaan kepada tuhan seimbang dari segi mental, rohani, emosi &
jasmani integrasi kaum bina minat & bakat murid meningkatkan disiplin budaya
sekolah – “school is fun” kerjasama dua hala sekolah berwatak
ii. Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum
di sekolah adalah wajib “Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah
penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian
sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan
persatuan atau kelab dan satu kegiatan kelab sukan atau permainan.” {Perkara 5.1
Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah
hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur
diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan
integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000
bertarikh 16 November 2000).
Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum
yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan
yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika
disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau
ponteng kelas. {Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan
Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa
mereka}
iii. Peranan Guru Penyertaan semua guru sebagai
penjawat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di
sekolah adalah wajib. “Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan
keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.) Setiap orang guru di sekolah hendaklah,
secara bertulis, diberi tugas dan tanggung jawab yang spesifik, terperinci, dan
kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam
bidang kurikulum.
iv. Kegiatan kokurikulum Kegiatan yang
dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam
bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam
bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997}

STRATEGI PELAKSANAAN
1) Memberi wajaran yang sesuai antara
kepentingan dan aktiviti kokurikulum
2) Mempelbagaikan aktiviti- beri peluang kepada
semua murid/pelajar melibatkan diri dengan aktif
3) Pemupukan perpaduan
4). Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam
aktiviti khidmat masyarakat
5). Menyelia, Merekod dan menilai kemajuan
aktiviti kokurikulum secara sistematik & berterusan
6). Menganjur dan mengelola pertandingan yang
melibatkan semua murid
7). Memberi penghargaan dan pengiktirafan
kepada semua pihak, dari semasa kesemasa.
8). Memberi penekanan terhadap penghayatan
agama dan nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum.
PENGURUSAN KOKURIKULUM TINGKATAN 6
Pelaksanaan Kokurikulum di sekolah perlu
dilaksanakan secara terancang, sistematik, telus dan mematuhi panduan dan
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi yang berkuasa di
atasnya khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia.

1. ASAS PELAKSANAAN
Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan dan
Penyelarasan Kokurikulum Sekolah i. Pengerusi - Sekolah、 ii. Timb. Pegerusi -
Guru Penolong Kanan Tingkatan EnPengetua am iii. Setiausaha – Penyelaras
Kokurikulum
i) Menetapkan dasar dan matlamat pelaksanaan
kokurikulum T6
ii) Keanggotaan dalam Penubuhan Jawatankuasa
Bimbingan Pelajar Sekolah (SPI Bil.1/1985, 2 Jan 1985)
iii) Merumus dan menetapkan Visi dan Misi
kegiatan kokurikulum T6
iv) Menganggotai Jawatankuasa Kerja
Kokurikulum Sekolah ( Carta Organisasi Kokurikulum)
v). Mengenal pasti keupayaan sekolah dari
aspek pelaksanaan spt sumber tenaga dan kepakaran, persekitaran, sumber bantuan
dan kewangan serta kecenderungan pelajar
vi). Menyediakan perancangan dan jadual
tahunan ( takwim ) kokurikulum T6 dalam Takwim Sekolah
vii). Menubuhkan badan beruniform, Kelab dan
Persatuan serta Kelab Sukan dan Permainan di sekolah dan melantik guru-guru
penasihat.
viii) Menyediakan kurikulum kegiatan setiap
kelab/persatuan
ix) Melaksanakan kursus-kursus pengurusan
kokurikulum untuk guru-guru.
x.) Memantau dan menyelia pelaksanaan
aktiviti kokurikulum
xi). Menyedia, mengumpul dan menyemak
dokumentasi pelaksanaan setiap kegiatan disekolah
xii). Melaksanakan Skema Penilaian Aktiviti
Kokurikulum untuk setiap pelajar
xiii. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus
jurulatih.
xiv. Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang
pelajar dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah negeri, kebangsaan dan
antarabangsa

PENGURUSAN
MURID
i) Setiap murid menyertai
kegiatan kokurikulum seperti yang ditetapkan dan masing-masing mempunyai rekod
penyertaan, penglibatan dan pencapaian dalam bidang kokurikulum yang disertai
itu.
ii) Setiap murid
diberi penilaian prestasi tahunan atas kehadiran, perjawatan, penglibatan,
penyertaan, dan pencapaian mereka dalam bidang kokurikulum berdasarkan Skema
Penilaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
iii) Sekolah
mewujud dan mengemaskini pangkalan data mengenai pencapaian pelajar dalam bidang
kokurikulum pada setiap tahun.
iv)
Menyediakan insentif atau anugerah kepada murid dan guru-guru