Wednesday, September 12, 2012

PENGENALAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS




Kelab Pengguna Sekolah (KPS)


Golongan pelajar merupakan kumpulan pengguna generasi baru (New Consumer Group) yang bakal mempunyai kuasa beli sendiri dan berupaya mempengaruhi permintaan serta penawaran barang dan perkhidmatan suatu hari nanti.

Sehubungan dengan itu, salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah menubuhkan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) sejak tahun 1992 yang berfungsi sebagai nadi penggerak pendidikan kepenggunaan di peringkat sekolah.


Tujuan Utama Penubuhan KPS

Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan generasi muda mengenai hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna seterusnya mempengaruhi corak penggunaan, pemikiran, gaya hidup dan tindakan mereka berkaitan aspek-aspek kepenggunaan.

Oeh itu, pihak sekolah Menengah Kebangsaan Cheras mengambil inisiatif ini pihak kelab pengguna untuk bergiat aktif.

No comments:

Post a Comment